Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal, Kenangan.



GAME OVER!

2.Thousand.0.SEMBILAN.

Berikut merupakan rentetan kehidupan saya yang sempat saya rakamkan sepanjang 2009 sebagai seorang anak dara yang sungguh patuh kepada ayahanda dan ibunda yang cool, kakak sulung yang baik kepada 4 orang adik2 yang giler2 dan sempoi, kekasih hati kepada MrJJ saya yang agak kacak lagi bergaya serta sebagai seorang rakan, teman, kawan dan sahabat kepada para kenalan saya yang daboom! Layaaannnnn~


1. Bertungkus-lumus menyiapkan thesis marketing yang bertajuk "Online Shopping" dimana thesis ini berharga RM700 dan diupah oleh salah seorang pelajar Cina tahun akhir ijazah sarjana muda sebuah universiti swasta.


2. Setelah lebih 10 tahun tidak menginjakkan kaki ke taman TEMA GENTING, akhirnye saya dan rakan2 maths saya berjaya menjelajah seluruh taman tema itu seharian dengan bermain pelbagai jenis permainan yang extreme.


3. Agak stress! Kerana tahun ini juga saya merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Matematik di UiTM Shah Alam. Maka oleh itu, saya diwajibkan untuk menyiapkan final year project saya dengan bimbingan penuh dari PM Dr Wan Noraaini Wan Jaafar dan kerjasama dari Shah Alam Specilist Hospital.


4. Menjadi seorang cikgu tuition maths kepada Abang dan Kakak dimana kedua2 mereka ini merupakan kanak2 yang sungguh hyperactive dan berusia 8 serta 6 tahun. Selain itu, saya juga merupakan cikgu tuition maths dan science kepada Haikal yang menduduki tingkatan 3.


5. Kedatangan ketiga2 kucing oren saya iaitu ABANG, GINGER dan SIMBA telah menyerikan lagi hidup saya dan keluarga saya di rumah. Ketelatahan mereka yang sungguh mencuit hati itu menyebabkan kadang2 masalah dapat dilupakan seketika.


6. Akhirnye setelah menghantar berpuluh2 resume melalui JobStreet, saya telah diminta untuk menghadiri 2 interview iaitu di sebuah syarikat building construction yang terletak di Kelana Jaya sebagai account executive dan yang kedua adalah di sebuah private university yang terletak di Damansara sebagai cikgu matematik. Alhamdulillah, saya rasa saya telah membuat pilihan yang terbaik.


7. Merupakan ulang tahun perkahwinan ayahanda dan ibunda saya tersayang yang ke-25. Dan tidak ketinggalan juga tahun ini merupakan tahun ketiga hubungan percintaan saya dan MrJJ saya. Semoga perhubungan kami diberkati dan diredhai Allah. Doakan kami bahagia ye, kawan2. Amin!


8. Menghadiri lebih dari 10 undangan perkahwinan dari kawan2 sekolah rendah, sekolah menengah, UiTM Seri Iskandar dan juga UiTM Shah Alam. Oh! Ramai juga ye kawan2 saya yang dah berkahwin dan beranak pinak bagai. Pantas sungguh mereka kan? Hehe


9. Officially GRADUATED! Agak gerun dan berdebar2 jugak la tatkala menaiki pentas graduan. Walaupun mempunyai pengalaman semasa diploma dahulu, tapi rasa kali nie lebih mendebarkan hati ini. Ape2pun, syabas buat kawan2 maths saya kerana berjaya mengenggam segulung ijazah sarjana muda!


10. Berjaya meningkatkan berat badan saya walaupun tidak mencapai target yang diidamkan. It's ok! Asalkan badan ini nampak menarik, tertarik dan daboom! Last but not least, I got long black hair already. Wiwit! ;)


Saya merasakan tahun 2009 ini telah banyak mengajar saya tentang erti kehidupan yang selama ini tidak pernah saya fikirkan. Dari seorang pelajar yang dok bertungkus lumus dengan pelajarannya, bertukar pula kepada seorang tenaga pengajar yang sememangnye saya tidak pernah terlintas pun untuk berdiri di posisi ini. Bak kata orang, ini sumer rezeki Allah. Syukurlah dengan segala ketentuanNya. Alhamdulillah.


Selamat Menyambut Lembaran Baru 2010.
All the best!
:)

Tuesday, December 29, 2009

Poyo Tak Entry Kali Nie?

Sedang saya dok khusyuk beri lecture kepada pelajar2 junior saya pagi tadi, tibe2 telinga saya dapat menangkap bunyi lagu "Love Bug" nyanyian Jonas Brothers.

'Alamak, aku tak silentkan hp aku ke tadi?' Bermonolog saya sendirian.

Bunyi bilik kuliah yang pada asalnye agak suam2 kuku, tibe2 terasa sunyi sepi. Semua mata students saya berpaling ke arah meja yang terletak di hadapan belah kiri mereka. Tibe2 terdengar satu suara,


"Miss Fatin, bf call tue! Cepat angkat."


Terdengar jugak gelak ketawa mereka yang dok sedap menyakat saya tadi.


Maka terkedek2 lah saya berlari itik kehilangan ekor menuju ke arah meja cikgu dari belakang bilik kuliah. Dan sempat juga saya bersuara,


"Ish, tue bukan call la, message jer."


Then, sesampai sahaja saya di meja cikgu, terus2 saya menekan punat untuk memberhentikan lalakan dari Jonas Brothers itu. Bukan ape nyah, mak segan dengan anak2 ikan tue semua. Sebab mak pakai lagu budak2 sekolah buat caller ringtone. Jatuh air muka mak yang bermekap tebal setengah inci nie, nyah. Hohoho :p


Sambil2 tue sempat juga saya menekan '1 New Message'.

Dan baca.

Tut2, muka saya yang pada asalnye tadi panas sebab malu bunyi hp sendiri, tibe2 beransur kurang pelan-pelahan dan akhirnye menjadi sejuk bak ais kacang campur seguni.

Sebabnye?

Saya menerima SMS kiriman salah seorang pelajar senior saya yang sedang bercuti semester sekarang nie yang berbunyi,


"One beautiful heart is better,
than thousand beautiful faces.
One honest wish of sweet relation is stronger,
than thousand gods blessing.
Good morning miss Fatin,
Miss you so much my cutie lecturer."
-Priscilla-


Terus-terang ai katakan, ai sungguh terharu ok? Masakan tidak, ade jugak student ai yang sudi rindu kat ai. Wiwit! ;)

P/S : Sejak dari pagi tadi sampai la nie, saya asyik dok fikir satu perkataan dari SMS student saya tue. Cutie = cute. Masalahnye sekarang, CUTE ke saya nie? HUaHaHaaaa <--- gelak Cik Dyla. :p


.SEKIAN TERIMA KASIH.

Saturday, December 26, 2009

I'm Off To Malacca.



Nikmatilah hari2 cuti anda,
dengan agenda yang menyeronokkan.

Selamat Hari Natal 2009.
;)


Friday, December 25, 2009

Hebatlah Sebab Kau Kaya.

Hebatlah kau!

Sebab kau lahir2 jer, dah nampak jongkong emas bertimbun2 atas katil kau. Pastu semua orang happy tengok kau menjerit melepaskan teriak yang kuat. Satu hospital bergegar you know!

Aku?

Lahir2 jer, ada seorang lelaki kacak cepat2 baca iqamah kat telinga aku sebab takut nanti segala atok2 syaitan dok nak bisik2 bende jahat kat telinga aku. Dan aku pasti lelaki kacak itu adalah ayahanda aku.

Hebatlah kau!

Sebab balik2 jer umah, kau sudah disediakan dengan pelbagai barangan mewah. Baju2 kau semuanya cantik2 belaka, maklum lah berjenama antarabangsa kan? Paling cikai pun pakaian kau masa tue jenama Burberry.

Aku?

Balik2 jer umah, aku pakai pakaian yang biasa2 jer. Ikut kemampuan parents aku. Tapi aku jenis tak kisah pun. Ape yang parents aku belikan, aku pakai. Yang aku ingat, pakaian paling mahal pernah aku pakai masa kecik2 berjenama Kiki Lala. Cantik tau!

Hebatlah kau!

Sebab masuk2 jer sekolah, kau dah nampak kawan2 kau yang setaraf dengan kau. Pegi sekolah driver hantar naik Mercedes CLS, tak pun paling low stenden Toyota Camry. Kau pun bukan main suka bila dapat jumpe kawan2 yang kau rasa sehot, sekaya dan secantik kau. Siap speaking London lagi tue. Maklumlah private school kan?

Aku?

Masuk2 jer sekolah, aku nampak kawan2 aku dari pelbagai latar-belakang. Ade yang pegi sekolah jalan kaki, naik basikal, bas sekolah tak pun ada yang kaya sikit parents hantar naik kereta wira. Biasa la, sekolah kerajaan kan? Tapi aku seronok jugak dapat kawan2 dengan dorang nie sebab dorang tak sombong!

Hebatlah kau!

Sebab mase2 rehat jer, kau tak perlu rebut2 nak beli makanan sebab makanan kau dah siap dalam tray. Macam2 ada. Semuanya makanan yang sedap2 macam kat restoren resepi rahsia tue. Paling tak sedap pun aku rasa, bile soup of the day die soup jagung. Biasa la, kau mana biasa makan jagung kan?

Aku?

Mase2 rehat jer, aku kena queue panjang menunggu giliran untuk membeli makanan. Ok lagi bile budak2 lain reti beratur. Tapi ada yang degil trus potong queue, macamana itew? Last2 jawabnya waktu rehat aku minum air kosong yang aku bawak dari rumah jer. Tak pun paling cikai, beli roti kaya yang 50 sen kat koperasi. Mudah!

Hebatlah kau!

Sebab time2 nak exam besar nie, kau sempat lagi bergumbira sakan bersama teman2 sealiran kau. Pergi party itu ini. Maklumlah, kau kan dari golongan datuk2 tan sri2 tengku2 nie kan? Hidup kau memang hanya untuk enjoy je. Sebab kalo kau tak pass exam besar kau nie, kau takut ape? Daddy kau kan ade kompeni koporat yang gah besar bak gergasi. Tak berabis duit daddy kau untuk sara seluruh generasi kau kan?

Aku?

Time2 nak exam nie lah masanye untuk aku berjuang abis2an demi masa depan aku. Walaupun aku bukan berasal dari golongan yang kaya dengan harta bende berderet, cukuplah sekadar aku cube untuk mengkayakan ilmu pengetahuan di dada ini. Sebab aku tahu kalo aku tak berbuat sedemikian, macamana aku nak sara hidup aku di kemudian hari? Nak tunggu putera raja datang melamar aku? Wooh! Dalam mimpi la, labu!

Hebatlah kau!

Sebab bila hampir2 tamat jer sekolah, kau rengek2 kat daddy kau sebab kau nak beli night dress baru untuk kau pakai masa prom night sekolah. Disebabkan daddy kau sayang gile kat kau macam menatang minyak yang penuh, so daddy kau pun kasi lah kad kredit platinum emas die kat kau untuk kau shopping baju kegemaran kau. Amboi, bukan main gembira ye kau time tue.

Aku?

Hampir2 tamat je sekolah, aku geledah gerobok almari baju aku. Nak tengok baju ape yang boleh aku pakai masa majlis makan2 hujung tahun. Maklum lah, dah nak abis sekolah kan? Inilah masanye untuk aku bergaya sejenak. Lagipun akukan perempuan, masakan aku tidak mahu kelihatan cantik, right? Nalurilah katakan!

Hebatlah kau!

Sebab result kau tak sehebat mana pun, kau dapat peluang belajar kat luar negara. Pegi United Kingdom lagi tue. Maklum lah, semuanya di atas tajaan daddy kau kan? Sebab daddy kau nak kau belajar business kat sana supaya nanti senang kau nak take over bisnes daddy kau walaupun minat kau lebih terjerumus kepada fesyen. Kesian kau ye!

Aku?

Alhamdulillah! Aku telah diterima masuk untuk menyambung pelajaran aku dalam bidang computer science kat universiti tempatan. Pada mulanya aku bercita2 untuk amek course architecture tapi last2 aku terpaksa lupakan hasrat tersebut sebab mula2 aku ingat budak2 yang amek pendidikan seni mase sekolah yang akan diterima masuk course tersebut, rupe2 tak. Aih! Mebi bukan rezeki aku ke arah senibina kot. Kesian kat aku jugak kan?

Hebatlah kau!

Sebab kat universiti, kau sentiasa menjadi kegilaan jejaka2 tampan dan hot. Maklumlah, kau nie ade darah campur. Daddy kau mixed sket2 dengan filipine + sepanyol + cina + melayu. Mummy kau pulak memang pure Australian. So, setelah diadun rapi, akhirnye lahirlah kau yang cantik persis model tue. Best ye ada darah pelbagai rasa nie?

Aku?

Gadis yang biasa2 jer. Tak de mixed2 darah nie sumer. Aku memang keturunan pure Melayu. Ayahanda aku pure Melayu Kedah. Bonda aku pulak jawa Johor. Tapi ade jugak dengar desas-desus dari sedara2 belah ayahanda aku pasal salasilah keluarga aku. Depa habaq keturunan aku nie ada darah2 Arab sket. Tapi itu bebelan orang2 tua je. Aku pun tak amek pot sangat pun!

Hebatlah kau!

Sebab lepas kau abis belajar kat UK, kau dah tak susah2 nak cari keje sebab kerusi empuk milik pengarah urusan kat kompani daddy kau sedang menunggu kau. Untung kau ye! Gaji pun mesti masyuk kan? Kalo tak cecah lebih 5 figures memang tak sah la kan? Maklum la, nak curahkan wang berjuta2 tue kat sape lagi, kalo bukan kat kau. Aih jeles mak!

Aku?

Lepas abis study, adalah jugak aku menganggur sebulan dua, dok kat umah ternak daging kat badan aku nie. Penat jugak ye nak tunggu orang call suruh datang interview. Beriban2 resume jugak lah aku hantar kat kompani2 yang aku suka. Dan satu hari aku terima call dari salah satu kompani yang aku apply and aku diterima bekerja di sebuah private university sebagai cikgu kira2. Walaupun gaji tak sebesar mana, tapi aku tetap bersyukur. Alhamdulillah.

Hebatlah kau!

Sebab hidup kau dari kecik sampai lah ke besar, kau tak pernah kenal erti susah kan? Untung sungguh jadi seperti kau. Rasa2 aku semua perempuan mengimpikan kehidupan macam kau sebab semua benda yang kau idam2kan mesti mudah untuk kau dapatkan. Duduk rumah besar dan mewah siap swimming pool lagi tue, naik kereta sport Fairlady 350Z, pakai baju2 cantik berjenama Fendi tak pun Versace, tas tangan bernama Prada serta Marc Jacobs dan macam2 lagi lah.

Aku?

Hidup bersederhana sejak kecil lagi. Ape yang ayahanda dan bonda aku belikan, aku guna dengan sebaik mungkin walaupun ianya bukan dari jenama mahal. Tapi naluri perempuan la katakan, inginkan sesuatu barang yang cantik. So, jika aku inginkan sesuatu barang yang agak mahal dan branded, aku akan berusaha keras untuk menyimpan duit aku sikit demi sikit sampailah aku mampu beli barang yang aku idam2kan walaupun ia mengambil masa yang lama. Kalo still tak cukup lagi, aku akan kerja part time kat mana2 restoren makanan segera atau kedai serbaneka. At least, aku dapat rasa sendiri macamana susahnya untuk mencari duit.

Tapi aku tahu itu bukanlah permintaan kau untuk dilahirkan dalam golongan atasan sebegini rupe sebab kau tidak mampu menolak takdir qada dan qadar Nya. Cuma ape yang buat aku terguris sedikit, kadang2 kau dan teman2 sealiran kau nie terlalu sombong dan bongkak. Terlalu megah dengan kebendaan duniawi sementara yang kau miliki ini. Kau merasakan semua jejaka kacak2 dan kaya diluar sana hanya milik orang2 yang setaraf dengan kau je. Pastu boleh pulak pandang aku macam sampah! Tak reti nak hormat orang langsung. Ade ke patut? Tak pe! Aku maafkan.

Cume ingat2 la sket, pangkat darjat, harta bende tak boleh nak usung masuk dalam kubur ye, murid2 sekelian. Kite sumer orang Islam tak kire orang kaya ke, kurang kaya ke, miskin ke Datuk2 ke, Tan Sri2 ke mati tetap akan menggunakan kain kafan yang sama dan juga dikebumikan dalam kubur yang mempunyai kedalaman lebih kurang 6 kaki. SAMA!

So, ape yang beza lepas tue? ;)