
Wednesday, December 31, 2008
So Long 2008.

Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 3:09 PM
Monday, December 29, 2008
Semangat Ke Sekolah.

Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 6:58 PM
Rindu Ngiauan Silver.
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 12:28 PM
Tahun Baru 1430.

Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 9:57 AM
Thursday, December 25, 2008
Kasih Sayang Penguin.
Actually, saya bukan nak citer lebih lanjut pasal movie nie cume saya tertarik dengan sedikit info yang saya perolehi dari movie tersebut iaitu tentang sifat semulajadi seekor haiwan yang sangat2 comel di mata saya iaitu PENGUIN. Teringat kembali cerita katon 3D "Pingu" yang sememangnye menarik minat saya untuk ditonton. Walaupun secara kasarnya, tak der dialog dalam katon tersebut dan hanya ade bunyi2an tertentu tapi dengan sifat dan aksi comel penguin2 itu berkomunikasi sesama mereka, saya rase sumer penonton pasti tercuit dengan telatah comel mereka kan? :DSecara umumnye, kite tahu bahawa penguin (Sphenisciformes, famili Spheniscidae) adalah sejenis burung akuatik yang tidak dapat terbang dan hidup di tempat sejuk seperti Kutub Selatan. Tahukah you all sumer, penguin merupakan haiwan yang mempunyai tahap komunikasi yang paling tinggi berbanding spesis yang lain. Secara puratanya, seekor penguin yang besar mempunyai ketinggian 4 kaki dan berat 40 kg dan mereka mampu hidup selama 15 - 20 tahun. Pemangsa yang sememangnye menjadikan penguin sebagai habuan mereka adelah singa laut.
Melalui pembacaan saya, setiap penguin jantan yang masih bujang akan berusaha mencari pasangan yang serasi dalam hidupnye. Tahukah you all sumer bahawa penguin merupakan satu2nye makhluk Allah yang setia dengan pasangannye untuk seumur hidup mereka. Penguin jantan ini akan setia dengan penguin betinanya sahaja sepanjang hayat mereka. Tiada yang lain. Jangan tak percaya tau!! :)So sekiranye penguin jantan yang masih bujang sudah bertemu dengan pilihan hati, mereka akan mengeluarkan bunyinye yang tersendiri sebagai tanda perkenalan kepada penguin betina dan ia sememangnye unik dan berbeza2 di antara satu sama lain. Selain daripada itu, penguin jantan juga akan membawa sebiji batu kelikir yang dikutipnya itu untuk dipersembahkan kepada penguin betina yang penjadi pilihan hatinya. Sekiranya batu kelikir itu diterima oleh penguin betina itu, that means penguin betina itu menerima kehadiran penguin jantan itu sebagai pasangannye. Jika tidak, bermakna penguin jantan itu kene berusaha cari penguin betina yang lain.
Terfikir jugak saya, tau2 pulak ye penguin2 nie yang mane satu masih bujang atau tidak. Pandai sungguh. Tapi tulah kadang2 kite tak tau tentang kecantikan dan kebesaran ciptaan Allah ini. Macam video yang ingin saya paparkan kat bawah nie yang menceritakan bagaimana susahnye hidup mereka tatkala ingin hidup di muka bumi Allah ini. Ianye benar2 menyentuh hati wanita saya. Kalo sudi, sila lah saksikannye. ;)Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 12:19 PM
Merry Christmas.
Hehehe. Kiut tak sang hurairah ini bersame topi merahan berbulu2 putih? Tengok sket muke kelat die? Sure die nie kne paksa nih. Kesian nye die. Tapi tak kisah lah, asalkan kiut jer tengok aksi die berposing depan kamera, da rase puas. ;)By the way, tak de ape2 pun nak dibebelkan tengah malam 25 Dec 2008 nie. Just nak buat ucapan sempena dengan Christmas kali ini.
Ucapan istimewa kepada kawan2 sekolah saya yang diingati selalu iaitu Alicia Jennifer Joseph, Betty Nelly, Adrian Pitrus, Margaret Ginduk, Baxter Bryan Stephen, Dico Pamin, Rosalynda, Dorothy, Cesar Ray Lawrance, Frankie Joilin, Raynold J., Aeron Peter, Dianna Jius dan rakan2 yang lain.
It is to be useful, to be honorable,
to be compassionate,
to have it make some difference that you have lived and
lived well.
+ Ralph Waldo Emerson +
MERRY CHRISTMAS, guys!
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 12:40 AM
Wednesday, December 24, 2008
Sungai Nil dan Mesir.
Sebelum aku ke sini,cuma ada dua hal yang bikin aku kagum sama Mesir,
iaitu Al-Azhar dan Sungai Nil.
Kerana tanpa Sungai Nil, nggak ada Mesir dan nggak ada Al-Azhar.
Aku juga suka Sungai Nil.
Kalo nggak ada Sungai Nil, pasti nggak ada Mesir.
Nggak ada peradaban. Yang ada hanya gurun pasir.
Kamu percaya jodoh Fahri?
Yea. Setiap orang memiliki . .
. . jodohnya masing2, itu yang selalu kamu bilang
Aku rasa Sungai Nil dan Mesir, itu jodoh.
Senangnya kalo kita bisa bertemu dengan jodoh,
yang diberikan Tuhan dari langit.
Bukan dari langit, Maria.
Tapi dari hati. Dekat sekali.
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 11:44 PM
Tuesday, December 23, 2008
Ritma Cinta Mereka.
Yeah! Inilah pasangan kegemaran saya yang menjadi pilihan ramai untuk muncul sebagai juara dalam sehati berdansa musim kedua pada SABTU nie.Jeng jeng jeng. Jangan tak caya, saya nie sebenarnye suke jugak tengok aksi2 tarian para2 selebriti kite. Serious! Sebabnye jarang sangat2 dapat tengok dorang menari, selalunye napak muke dorang menyanyi atau berlakon jer. So, time nie lah nak tengok secara live aksi mereka menari bersame pasangan masing2. Cool ok?
Mase sehati berdansa musim pertama dulu pun, rancangan nie menjadi pilihan saya dan family saya untuk ditonton pada malam minggu. Tapi kadang2 tue ade jugak termiss tengok secara langsung, so kene lah tengok pada keesokan harinye sebelum keputusan penyingkiran berlaku. Well, pada musim yang lepas pasangan kegemaran saya adalah Vanida&Shee sebab pasangan nie mase mule2 episod pun dah aktif, so saya fikir2 berkemungkinan mereka nie bole jadi juara kot. Akhirnye ia menjadi kenyataan. :)
So, untuk musim kedua nie saya harap2 la pasangan LISDA & FAUZI dapat menjuarai sehati berdansa dengan bantuan koreografer mereka iaitu RAY. Lagipun Ray nie agak kretif dan inovatif sket dalam bab2 create corak tarian dengan pelbagai genre. Hehehe ;)
Ape2 pun, all the best guys! :)
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 10:53 PM
I Dream of It.

Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 11:02 AM
Monday, December 22, 2008
Oh Laparnye!
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 8:35 PM
A Workaholic Man.
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 6:08 PM
First Date Memory.

Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 2:42 PM
10 Hari Lagi 2009.
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 12:36 PM
Friday, December 19, 2008
Wednesday, December 17, 2008
Always Say YES!
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 10:58 PM
JelitaKah Dia?
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 10:13 PM
Monday, December 15, 2008
Kehilanganmu Terasa.
Lebih kurang kul 2pm cam tue, kitorang bergerak pulang ke kampung halaman ayahanda saya yang terletak di utara sana. Mase on the way tue, pelbagai kesulitan yang kami alami di mana hujan turun dengan lebatnya sampaikan saya susah benar nak tengok jalan dan menyukarkan perjalanan, dengan kebanjiran kenderaan di highway menuju utara menyebabkan traffic jam terjadi dan beberapa kemalangan sempat kami perhatikan. Sesungguhnya ape yang berlaku tue, telah menambahkan kesabaran di hati kami.
Dan kira2 pukul 830pm, kami sekeluarga selamat tiba di sini dan mase tue jugak, orang2 masjid telah ramai yang datang untuk bersama2 menghadiri kenduri tahlil. Walaupun begitu, kesedihan kami sekeluarga bertambah2 kerana kami tidak sempat untuk memberi penghormatan terakhir kepada nenda tersayang kerana nenda kami telah selamat dikebumikan pada pukul 6pm dengan persetujuan semua. Lagipun kalo nak tunggu we all sampai pun, mesti lewat sangat dapat kebumikan nenda kan? Jadi dengan persetujuan keluarga ayahanda saya, mereka mendahulukan pengebumian nenda tanpa kami sekeluarga.
Saya ingat lagi mase bulan puasa lepas, raut wajah 85 tahun milik nenda saya yang sentiasa tersenyum manis tatkala melihat kami sekeluarga pulang ke kampung. Walaupun time tue nenda menderita sakit tua tapi tetap senyum gembira dengan kedatangan kami. Tue la last sekali saya dapat bertemu dengan nenda. Dulu mase kecik2, saya dan cousin saya suka sangat sakat arwah tokwan dan arwah nenda saya sampai kerap dimarahi ayahanda saya tapi ntah nape saya suke sangat dengar bebelan dari mereka. Biasa la kan, orang2 tua ade je macam2 yang dorang bebel2. Tapi sekarang nie, sumer tue jadi kenangan dah.
Al Fatihah.
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 11:01 PM
Sunday, December 14, 2008
Thursday, December 11, 2008
Mission Accomplished?
Actually, dah lama sangat saya tidak merasa experience cam nie sejak saya reti membawa kereta 5 tahun lepas. Dlu mase kecik2, selalu sangat saya merasa keadaan sebegini sebabnye ayahanda saya yang pandu kereta, lagipun kitorang sumer kecik2 lagi kan? Tapi sejak dah reti bawak kereta nie, jarang sangat berpeluang naik kereta yang dipandu oleh ayahanda saya. Kalo balik kampung pun samada ke Alor Star atau Johor Bahru, lebih selesa memandu sendiri ditemani my sisters dan hanya follow kereta ayahanda saya dari belakang. Lagipun, nak muatkan 5 orang sekali gus di tempat duduk belakang kereta ayahanda saya, adalah sangat2 mustahil kerana kitorang 5 bradik nie dah besar2 gabak. Sure sangat2 la tak muat kan? :D
So, tadi berkesempatan bertandang ke umah auntie saya yang baru saja berpindah ke umah baru mereka dan hanya kami 3 bradik je ikut. Nak dijadikan citer, mase on the way balik ke umah nie, tibe2 my brother menyeloroh,
"Eh, hensem la mamat yang bawak kete seblah nie."
Mase tue, kereta ayahanda saya baru saje memintas sebuah kereta
"Mane2. Tak napak pun. Oh tue. Abah2, cepat benti kat sebelah keta tue. Eyka nak tengok jugak mamat tue. Nak tau jugak mamat camne yang dikatakan hensem oleh orang lelaki."
Mule2, saya ingat ayahanda saya nie tak dengar ape2 yang adinda saya cakap tadi sebab saya tengok ayahanda saya tak pun menunjukkan sebarang reaksi untuk mengejar kereta tue. So dengan frust nye, kitorang bertiga pun buat hal sendiri je kat blakang.
Tut tut, lepas je traffic light menunjukkan tanda hijau, trus ayahanda saya memecut ke arah kereta camry tadi. Uit. Terkejut jugak kitorang. Pastu ntah camne kereta camry tue pun cam tau2 je kitorang menuju ke arah die, trus die menekan minyak untuk meninggalkan kitorang. Ape lagi, ayahanda saya pun trus mengeluarkan skill2 racingnye mase zaman muda2 dlu untuk mengejar kereta tue. Nasib baik la dah kat Federal Highway time tue. Dan tibe2 saya pun bersuara,"Eh korang. Cepat2 pakai safety belt, abah nak racing nie."
Dengan truje serta poyos2 sket, kitorang pun test2 la pasang safety belt kat belakang tue. Haha, tergelak2 saya bile tengok gelagat kalut adik2 saya memasang belt tue. Macam get ready nak race betul2. Tapi serious, dah lama saya tak merasa keadaan seperti tadi tue. Kejar mengejar, Pecut memecut. Aih! Nasib baik kereta tak banyak yang menghalang. Yang kelakarnye, arah perjalanan kitorang dengan kereta camry tue same pulak. Macam kereta camry tue tukang petunjuk arah kitorang untuk pulang ke umah je. :p
Dan2 pulak, bile masuk ke jalan section umah kitorang, ayahanda saya sempat memintas kereta camry tue dan saya sempat memandang ke arah pemandu tapi malangnye jalan tue agak gelap so tak clear lah sangat. Alahai. Mission failed la pulak. Mula2 frust jugak tapi lame2 trase bangga pun ade sebabnye ayahanda saya masih lagi mempunyai penglihatan yang clear walaupun usia dah menjangkau 50 dan skill racingnye masih tidak luput lagi. Hehehe :D
P/S : Bestnye kalo saya juga mempunyai skill racing seperti ayahanda saya nie kan? :)
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 11:01 PM
Di Kala Period Pain.
Bila period pain datang, nie la keje yang paling saya suke. Memeriahkan kuku2 saya dengan pelbagai kaler yang menarik hati. Bermain2 dengan pelbagai kaler kesukaan. Conteng sane sni. It looks damn cool! Pastu trus ilang kesakitan yang dirasainye. :)Tapi kaler2 yang menghiasi kuku2 saya nie hanya sempat bertahan 7 hari je. Pastu dah kne kembalikan kuku2 saya kepada asal. Walaupun ape2 pun, kaler original lagi cun la. :D
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 7:52 PM
Tuesday, December 9, 2008
Minggu AidilAdha.
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 11:21 AM
Saturday, December 6, 2008
Warga Hutan Konkrit.
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 4:03 PM
Friday, December 5, 2008
Terasa Bangga Di Hati.
Tut tut, tibe2 saya tertekan 101.
Tengah dok rancak berborak2 lagi dengan Eyka nie, then tibe2 kedua2nye bole pulak terdiam bile mendengar celoteh dari seorang wanita. Time tue mata trus tertumpu pada kaca TV, telinga pulak 100% dengar ape yang diperkatakan oleh wanita itu. Mulut pulak diam seribu bahasa. Wah! Ajaib nie. You all nak tau tak sebab ape? Hehehe :D
Actually, saya terlupe pulak ape name rancangan yang ditayangkan time tue. Ye la, dah kata terpaku, trus tak terfikir nak tengok rancangan ape. Well, kalo tak silap saya rancangan tersebut adalah rencana mengenai Persatuan Bahasa Malaysia Serantau di mana pelajar2 dari salah satu universiti di CHINA yang kebanyakannye merupakan warga negara CHINA agak fasih bercakap dalam Bahasa Malaysia.
Sebelum nie, saya memang tahu bahawa Bahasa Malaysia merupakan salah satu bahasa yang menjadi pilihan pelajar2 universiti di China untuk dipelajari tetapi saya tidak pernah tengok dengan mata kepala saya bagaimana cara pembelajaran bahasa tersebut kepada mereka. Bertuah juga rasanye dapat menonton rancangan tersebut walaupun selama 15 minit jer.
Tadi saya berkesempatan tengok bagaimana mereka diajar di dalam kelas dan juga bagaimana mereka diberi peluang untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda kite. Walaupun, baru setahun mereka mempelajari Bahasa Malaysia tetapi kelancaran mereka menyebut setiap butir perkataan menunjukkan cam dah lame je mereka pelajari Bahasa Malaysia. Saya dapat tengok macamana mereka berpidato, berpantun, mengerusikan majlis, berpuisi, bercerita dan menyanyi dalam bahasa tercinta kite. :)
You all imagine la kan, kebiasaan lidah mereka yang selalunye menyebut perkataan2 dalam bahasa Cina seperti bahasa Mandarin, Kantonis, Hakka, Wu, Min, Xiang atau Gan, sudah tentu mereka agak sukar menyebut sesetengah huruf rumi seperti huruf 't' akan tetapi mereka dapat menyebut dengan baik perkataan2 Bahasa Malaysia itu walaupun ade sedikit perbezaan sebutannya. Biasa la, orang baru nak belajar kan? Mesti ade salah2 sket. nanti lama2, fasih la. Mane tahu lebih fasih dari kite. Who knows?
Well, mase tengok rancangan tadi, terasa bangga pulak tibe2 bile tengok orang asing mempelajari bahasa ibunda kita. Saya tahu dalam dunia nie, agak ramai juga orang asing yang reti berbahasa Malaysia tapi peluang untuk melihat mereka MEMPELAJARI bahasa kite tue adalah agak kurang. So, kesempatan tadi telah menyedarkan saya bahawa bahasa kite nie masih lagi mendapat perhatian dari golongan asing untuk dipelajari. Yeah!
P/S : Ditegaskan bahawa saya adelah seorang blogger yang suka mengeksprestasikan sesuatu secara santai. Oleh itu, saya tidak menggunakan bahasa baku sepenuhnye dalam penulisan saya kerana itulah saya yang sebenarnya di alam nyata. Walau ape2 pun, saya memang mencintai bahasa ibunda saya. :)
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 5:57 PM
Kahwin oh Kahwin.
Sejak cuti semester bermula pada pertengahan bulan November lepas hingga la ujung bulan Disember nie, pelbagai kad2 jemputan perkahwinan berwarna-warni daripada kawan2 telah saya terima dan rata2nye mereka adelah kawan2 sekolah rendah saya. Congratulations guys. Tak sangka, jodoh you all sampai awal? Ye la, sumernye keje Allah kan? :)Hm, seperti kebiasaanye cuti2 sekolah nie, ramai jer orang berebut2 untuk menamatkan alam 'bachelor' mereka. Time2 cuti nie la, sumer orang yang dapat jemputan walimahtul urus akan mempunyai mase untuk memenuhi undangan perkahwinan mereka. Kalo time2 bukan cuti sekolah, mesti sumer orang busy dengan agenda masing2. Mane dengan keje, study, nak uruskan anak2 skolah lagi, jaga budak2 dan sebagainye. So, kesempatan ini dapat dipenuhi semasa cuti sekolah je kan? :)
Saya sebenarnye suke pegi majlis perkahwinan. Selain daripada memenuhi undangan, dapat juga saya merasa masakan yang disediakan samada masakan traditional ataupun moden. Pastu, saya juga suke tengok theme perkahwinan mereka. Ade yang buat gaya moden temporari, traditional, garden dan macam2 lagi. Sebabnye boleh la colek2 sket idea2 mereka untuk digunakan semasa perkahwinan saya nanti. Eceh! :p Dan yang penting skali, mesti la nak tengok keserian wajah2 kedua mempelai itu. Mesti cantik berseri2 kan mereka tue? :D
Sememangnye kite tahu, jika kite mendapat jemputan walimahtul urus, kite diwajibkan pergi bagi memenuhi jemputan tersebut. Selain dapat merasa kegembiran bersama, kite juga dapat mengelakkan fitnah terhadap pasangan tersebut. Tapi kadang2 tue, kite mempunyai hal2 yang perlu didahulukan dan sebab itulah kite tidak dapat memenuhi undangan perkahwinan itu. But as long as kite tahu akan perkahwinan itu, maybe it can be considered. :)
P/S : Kepada kawan2 saya yang baru melangsungkan perkahwinan bersama insan tercinta dan juga kawan2 saya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada mase terdekat nie, CONGRATULATIONS guys! Semoga you guys berbahagia ke anak cucu hendaknya. InsyaAllah. All the best! ;)
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 12:46 PM
Oh! Assam Laksa.
So, mase dok teringin2 nak makan assam laksa, pegi la makan kat Pakli Kopitiam. Walaupun assam laksa kat Pakli nie bole tahan jugak rase die tapi tak dapat tandingi OldTown punya. Lazat, pedas dan pekat. Yummy! Saya nie kalo bab2 makan memang suke lagi2 la laksa, bole je balun sampai 2 mangkuk. Hantu laksa sejak kecik lagi. :DTapi sejak saya dengar citer pasal OldTown nie tak der sijil HALAL dari jakim, trus saya terdiam sejenak. Betul ke ape yang saya dengar tue? Saya pun confused jugak nie sebab saya tengok ramai je muslim yang suke lepak2 sambil menikmati hidangan kat OldTown nie. Betul ke makanan2 kat OldTown nie tak halal?
My mom sendiri pun suke minum white coffee dan toast die. Tapi due bende tue je la yang selalu menjadi menu pilihan my mom. Menu yang lain tue macam curry mee, asam laksa, nasi lemak etc, my mom agak kurang yakin sebabnye ramai chinese yang memonopoli kitchen mereka. Warga2 asing macam bangla, myanmar etc tue just jadi tukang amek order je. So, dari situ lah timbulnye keraguan.
Well, sape yang familiar dengan OldTown nie mesti tahu yang OldTown nie banyak sangat cawangan die di seluruh Malaysia. Saya ade juge mencari maklumat2 mengenai issue sensitif ini di internet dan ada juga di antara mereka mengatakan hanya sesetengah cawangan je yang mempamerkan sijil HALAL di restoran mereka. Itupun just coffee yang mendapat pengesahan status HALAL, makanan lain tak tau la pulak. Pastu ade yang kata, terdapat juga kopitiam ini yang just letak sijil fotokopi je. Hm, itu yang menjadi serba salah tibe2 nie. Tapi untuk mengetahui kesahihannye, sila la tanya kepada pemilik kopitiam tersebut tentang sijil pengesahan HALAL dari JAKIM.Sememangnye issue2 tentang makanan nie amat la penting untuk dititikberatkan oleh kite sebagai seorang muslim. Setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam badan kite ini lah yang akan menjadi darah daging tetap kite. Bukan hanya untuk diri kite saje tetapi untuk keturunan yang bakal kite lahirkan nanti. Selain itu juga, makanan dan minuman yang kite ambil itu akan membentuk keperibadian dan akhlak diri kite sebab itu juga la kite dikehendaki mengambil makanan dari sumber2 yang halal dan lagi bersih selain ia dapat menambahkan cahaya dan kelembutan hati kite.
Tapi ape yang saya tengok, muslim zaman sekarang nie yang berfikiran terbuka dan moden kononnye la, selalu memandang enteng terhadap issue makanan ini. Kenapa ye? Takkan la mase skolah dlu, ustaz/ustazah tak penah kasitau pasal2 nie sumer. Mungkin mereka lupe kot. Oh ye kan? Melayu sememangnye mudah lupe. So, rajin2 la you all sumer membuka mata hati tentang issue ini ye. Cube cari maklumat2 mengenai issue makanan HALAL+HARAM untuk dijadikan panduan. Saya rase semua orang dah besar dan tahu membuat pilihan masing2. :)
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 10:53 AM
Wednesday, December 3, 2008
Speechless.
Kadang2 mulut harus diberi ruang untuk rehat dari memperkatakan sesuatu. Sesuatu yang ingin diperkatakan itu, kadang2 harus dipendam dan diperdiamkan dalam hati. Bukan kerana ia sukar untuk dilafazkan tetapi ianya adalah sifat semulajadi seorang wanita suka memendamkan sesuatu itu. Mungkin, ia amat menyakitkan tetapi percayalah ada ubat semulajadi yang menjadi terapi bagi mengubati kesakitan itu. Tak usah bimbang ye. :)
Masa yang bergerak adalah mustahil untuk diberhentikan. Oleh yang sedemikian, kite perlu bertindak dengan sepantas mungkin, bagi merealisasikan impian dan cita2 kita. Kerana masa tidak mungkin menunggu kite. Dan tidak mungkin untuk mengembalikan kite kepada mase lampau. Yang mungkin, pada mase itu hidup kite penuh dengan kebahagiaan. Jadi, akal fikiran yang kite miliki ini, perlu diguna pakai dengan sebaik yang mungkin. ;)
Mungkin, kite mempunyai pelbagai impian dan cita2 bagi memenuhi kehendak diri kite. Kadang2, kite akan dapat mengapai ke SEMUA impian dan cita2 tersebut. Kadang2 juga, kite hanya dapat SEBAHAGIAN daripada impian dan cita2 itu. Dan, kemungkinan juga kite TIDAK DAPAT APA2 yang kite impikan dan citakan. Yeah! Kesemuanya sudah ditulis. Jadi, jangan sesekali kite salahkan takdir jika kite tidak dapat ape yang kite angankan kerana Allah lebih tahu ape yang TERBAIK buat kite. :)Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 10:01 AM
Tuesday, December 2, 2008
Monday, December 1, 2008
Terlaksanakah Impianku?
Yeah! Mase kecik2 lagi kite telah dilatih di sekolah oleh cikgu untuk mempunyai impian dan cita2 masing2. Saya ingat lagi mase cikgu darjah dua saya tanya
"Murid2, nanti besar kamu nak jadi ape?".
Time tue sumer orang berebut2 angkat tangan nak jawab soalan cikgu saya tue. Seperti kebiasaan budak2 kan, so mesti la jawab,
"Saya nak jadi doktor, boleh rawat orang sakit"
"Saya nak jadi polis sebab saya nak tangkap orang jahat."
"Siti nak jadi cikgu macam cikgu lah nanti bole dapat adiah banyak2 mase ari guru"
"Saya lagi best, sebab nanti besa nak jadi superman. Bole selamatkan bumi."
Sumer orang tergelak bile dengar jawapan dari Anuar. Alahai, budak2 kan mane lah fikir panjang mase tue. Tapi ape ye cita2 saya mase tue? Wee :D
Lepas tue, mase saya darjah enam pulak, cikgu saya tanye
"Nanti besar, ape impian kamu?"
Well, seperti kebiasaannye budak2 sekolah rendah, masih lagi belum matang untuk memikirkan impian sebenar mereka. Dan jawapan yang diberikan oleh kawan2 kelas saya mase tue amat lah sinonim kite dengar. Ada yang berangan ingin memiliki rumah banglo tepi pantai, ade jugak nak beli kereta sport laju2, hotel dan resort 5 bintang dan macam2 lagi. Mase tue pun saya juga mempunyai impian saya sendiri. Apekah die? Hehehe :)
Tadi mase dok sibuk siapkan Chapter 2 thesis marketing , tibe2 saya terfikir apekah jalan yang harus saya ambil selepas saya graduate nanti? Either saya nak trus keje atau sambung belajar? Actually, dah lama dah saya fikirkan hal ini dan sudah pun berbincang dengan parents saya dan rata2 nye mereka sokong jika saya sambung trus pelajaran saya ke peringkat lebih tinggi. Memandangkan mereka masih lagi bekerja dan mampu menampung keperluan keluarga jadi tak usah lah saya beratkan kepala memikirkan kewangan keluarga. Begitulah jawapan yang selalu ibunda saya berikan tatkala menyuarakan jalan pilihan saya lepas nie.Hm, saya pun masih lagi belum buat keputusan yang harus saya lakukan. Lagipun saya masih ade satu semester yang perlu saya selesaikan. Jadi saya masih ade masa untuk memikirkan hal ini. Tapi tue la, mesti ade jer pro-and-contra terhadap keputusan yang kite ambil tue lagi2 ia melibatkan masa depan kite. Ade juga yang sarankan saya buat solat istiqarah banyak2 untuk mendapat petunjuk dariNya. Dan sememangnye saya perlu lakukannye sekerap yang boleh agar jalan yang saya pilih nanti adalah jalan yang terbaik buat diri dan masa depan saya. :)
Well, to be honest melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi merupakan salah satu impian dan cita2 saya. Lagipun, bile difikir2kan nak sambung Masters nie pun just 2 tahun. Tak lah lama sangat kan? Then, compared to diploma dlu, 3 tahun. Kalo nak difikirkan, tahun depan saya 24tahun, kalo ade rezeki sambung trus, jadi saya akan abis blajar umo 26. Pastu baru bleh merasa alam pekerjaan yang sebetul2nye. Tak rase lambat ke?
Ade jugak kata, study la part time. Kerja sambil belajar. Dorang kata, lagi senang buat dua kerja dalam satu masa. Oh! Macam tue ke? Tapi sememangnye saya nie sukar nak buat banyak kerja dalam satu masa. Walaupun, mase final year nie, saya ade mengajar tusyen tapi mase yang diperuntukkan tidak la begitu banyak. Just 6 hours per week cam tue. Jadi priority saya masih lagi kepada study saya. Kalo kerja sambil belajar nanti, tak tau la sistematik tak mase yang dapat saya bahagikan antara kerja dan study begitu juga personal life saya.Pastu ade juga kawan2 yang suggest, keje lah setahun dua ke untuk dapatkan experience, then baru sambung belajar. At least kite ade pengalaman dalam bidang yang ingin kite terokai mase buat research nanti. But kadang2 manusia nie mudah lupe dengan kesenangan yang die ade. Sebabnye bila dah biasa pegang duit banyak2 kang, lupe trus impian dan cita2. Tue yang kadang2 saya kne fikir balik tue. Aih! Susah jugak nak buat pilihan terbaik nie ye.
Kadang2 bile tengok kawan2 saya yang sudah mempunyai kerjaya sendiri, terdetik juga kejelesan di hati ini. Ye la, dorang sumer dah merasa sendiri duit dari hasil titik peluh mereka bertungkus-lumus belajar bertahun2 lamanye. Saya? Masih lagi memikirkan hal2 kewajiban sebagai seorang pelajar. Tapi terfikir jugak orang selalu cakap, rezeki kite nie Allah dah tetapkan dah. So, antara cepat dan lambat je. Begitu juga soal jodoh dan mati kite. Jadi, takyah lah nak berat2kan kepala memikirkan hal itu.
Walaupun kadang2 tue impian kite nie macam angan2 pak pandir tetapi itulah yang selalunye menjadikan kite semakin bersemangat untuk mengecapinye dan akan cube sedaya-upaya untuk merealisasikan dalam alam nyata. Tetapi ape2 pun, yang datang itu adalah dariNya. Kite hanya mampu merancang dan Allah saja yang menentukan segalanya. :)
Contengan Artistikku Diana Hamasuba, pada 11:48 PM



















