Thursday, July 9, 2009

Tercipta Dari Rusuk Lelaki.

Bile saya stress giler kat opis dengan lambakan kerja2 yang perlu disettlekan mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh big boss, saya suke manjakan telinga saya dengan lagu2 yang berunsurkan Islamic. Tenang sket hati nurani ini. Maklumlah, lagu2 nasyid nie kan melodi dan liriknye sungguh menusuk qalbu. Kadang2 tue dok berulang2 kali saya dengar lagu2 tersebut.

Ntah la! Tak rasa boring pun. Terasa nyaman je diri ini. So, bile dah rasa nyaman dan hati kembali tenang, makanya mudahlah saya untuk meneruskan kerja dengan tekunnya. Ade satu kali tue, saya intai2 blog kawan kepada kawan saya. Tibe2 telinga ini tertangkap melodi merdu alunan musik dari blog tersebut. Terus saya jatuh cinta. Serious!

Panahan melodirama lagu tersebut teramat padan dengan lirik yang diadunkan sekali untuk menjadi sebuah karya yang sangat tinggi nilainya. Walaupun liriknye simple tetapi dalam sungguh maksudnya. So, sape2 yang stress dengan kerja2 kat opis tue, rajin2 la ke youtube untuk memanjakan telinga anda dengan lagu ini. Okesh?

Saya tujukan lagu nie kepada kaum Hawa di luar sana. Semoga anda berbahagia bersama dengan insan tersayang. Layannnnnnn~




Dehearty - Wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


Oh! Saya rindu MrJJ saya.
Sangat2.
:'(