Friday, October 16, 2009

Ketibaan Musim Graduasi.



Aih!
Saya masih dalam dilema sekarang nie.
Masa yang dinanti2kan,
hampir tibe tak lama lagi.
Tapi hati dan perasaan,
masih lagi berbelah bagi.

Aih!
Nak bikin ape sekarang ek?
Sumer orang dah sibuk soksek2,
perihal tersebut.
Tapi saya?
Masih lagi dok tak tahu lagi.
Macamana eh?

Kalo nak difikirkan,
event nie,
mungkin adalah event yang TERbesar,
dalam hidup seseorang,
yang bergelar graduan.
Tapi bagi saya?
Adakah ianye juga,
event TERbesar bagi saya?

Oh!
Saya pun kurang pasti!
Sebabnye,
selama 3 tahun ini,
saya bertungkus-lumus,
bersusah-payah,
dan menanggung segala kerumitan,
hidup sebagai siswazah,
saya rasakan itulah detik2,
yang bermakna dan terbesar bagi saya.

Mungkin ada sesetengah,
berpendapat bahawa,
majlis graduasi itu,
adalah majlis untuk meraikan kemenangan kite,
sampai ke garisan penamat sebagai siswazah.
Tapi bagi saya?
Kalo tak ke majlis tersebut pun,
memang tak de masalah.

Mungkin jugak,
saya sudah merasakan saat itu,
3 tahun lepas!
Mungkin kot!
Hehehe!
:)

Tapi yang sebenar2nye,
bende yang masih bermain di fikiran dan sanubari saya,
sekarang ini adalah,
nak pakai baju ape eh nanti?
Serious!
I have no idea at all.
:(