Friday, October 23, 2009

Suara Dendangan Perantau.

Ah! Giler la. Macamana la budak2 medic nie boleh hafal dan tahu sumer term2 anatomy of human body, pastu die punya theory and application sumer? Bukan tue jer, depa pun kena tahu segala2nya yang berkaitan dengan fungsi2 dan mekanism bagi setiap organ2 dalaman dan luaran. Aih! Naik pening mak ok? Ngee~

Lain pulak ceritanye, untuk budak2 pharmacy nie. Kena hafal dan tahu perihal drug2 yang terkandung dalam setiap ubat-ubatan nie. Kalo setakat 20-30 nama drugs tue, rasanye budak2 pun bole hafal macam hafal name2 ex2 boyfriends atau girlfriends, tapi kalo dah lebih dari 100, macamana pulak? Pasti rambut putih bakal tumbuh subur di kepala kite nih.

Sebelum ini, saya langsung tidak didedahkan dengan pelbagai jenis2 drugs yang terkandung dalam ubat-ubatan. Maklum la, ade ape je dalam sylibus ilmu hisab yang saya pelajari ketika di universiti. Kalo bukan soalan perihal partial derivative equation yang diminta untuk derive sampai bermuka2 surat, pasti soalan Homomorphism dan juga Integral Domains supaya provekan terms tersebut. Tak pun soalan optimization dan linear programming yang diminta untuk menyelesaikan masalah fleet assignment dan juga investment. Otak ini just bermain2 dengan analytical dan juga logical thinking sahaja.


Pastu bile ditanya, ape itu Thorazine hydrocloride? Serious, terpinga2 serta terkebil2 mata saya. Bagaimana pulak dengan Scopolamine hydrobromide, Tylenol, Mysoline dan Zaroxolyn pulak? Memang sah, nak sebut pun terbelit2 lidah nie apatah lagi nak amik tahu perihal2 drugs yang sinonim dalam subject Chemistry. Tue pun, subject yang saya sudah tutup buku sejak abis SPM 2002. Kalo ada pun, saya just disogokkan dengan Paracetamol jer, tu pun sebab selalu gune time demam.

Tapi sejak saya menjadi tenaga pengajar kepada bakal2 jururawat ini, terms2 tersebut la yang sering saya gunakan ketika memberi lecture kepada mereka. Serious! Pada mulenya, memang ia agak sukar bagi saya untuk melekatkan term2 drugs tersebut dalam otak ini kerana saya memang agak kurang suke subject2 yang berbentuk hafalan. Mungkin disebabkan saya nie memiliki short-term memory kot! :p Tapi lama kelamaan, alhamdulillah ia jadi seperti alah bisa tegal biasa.

Sebenarnye apa yang ingin saya sampaikan melalui entry ini adalah ilmu itu sangat luas subjectnye. Ianye bukan hanya tertumpu kepada luaran pandangan mata kasar kite tetapi ia sebenarnya tersembunyi di dalam pandangan mata kite dan memerlukan pengeksploratasi yang tinggi. Masakan ada istilah yang kerap kite dengar iaitu "Carilah ilmu walaupun sampai ke negeri China". Oleh yang sedemikian, orang yang mencintai ilmu sedalam2nye, pasti berjaya di dunia dan akhirat.


Seperti contoh terdekat kite iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang sememangnye terkenal dengan kelunakan suara beliau sehingga beliau dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia. Sape tak kenal dengan lagu2 beliau yang sering didendangkan semasa hari kemerdekaan dan juga hari raya. Budak2 hingusan pun hafal lagu2 beliau. Walaupun beliau merupakan graduan Undang2 dari UM, tetapi disebabkan kecintaan beliau kepada seni musik menyebabkan beliau lebih cenderung ke arah itu.

Begitu juga dengan Chef Wan Ismail yang sememengnye terkenal dengan seni kulinari dan masakannya. Disebabkan kecintaan beliau dalam bidang masakan, menyebabkan title qualified accountant yang dimilikinye itu diletak tepi begitu sahaja.

So, kesimpulan yang boleh saya buat di sini adalah setekun mana kite belajar dalam bidang yang kite minati di universiti, jangan lah sesekali kite melatah atau mengeluh atau meraung sekiranye kite tidak dapat pekerjaan yang sama dalam bidang kepakaran kite itu.

Ingat! Tak semestinya bile kite dah tamat belajar di universiti bermakna tamatlah juga pencarian ilmu di muka bumi ini kerana bagi saya itu adalah pemikiran yang dimiliki oleh orang yang bajet bagus sahaja. Jadi berusahalah kite untuk mengisi ilmu di dada kerana ilmu Allah itu terlalu luas scopenye. Rasanya sampai kite tutup mata pun, pasti takkan abis ilmu Allah itu berjaya kite terokai.

Ape2pun, semoga kite berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah! :)