Friday, November 20, 2009

Waktu Petang Hari Jumaat.

Ha, saya kire sekarang nie mesti ramai yang sedang dok menanti waktu habis keje kan? Masakan tidak, saya juga selalu berkeadaan sebegitu rupa. Bila tiba hari Jumaat, waktu2 gini la mood nak buat keje, mak aih langsung berada ditahap zero. Makanye peluang itu diambil dengan mengonline diri. Ha, seperti sekarang nie la. Dok online je memanjang. :p

Tapi hari nie lain sket perasaan dari hari Jumaat yang sebelum nie. Sebab ape? Sebab esok saya harus menghadirkan diri ke opis seperti hari2 biasa. Kerana? Kerana ada workshop yang diwajibkan untuk bertandang. Aih! Kalo difikir2kan, memang sangat2 la MALAS, sebab . . . well, seperti biasa la kan kena dengar bebelan sumer. Ngee! Tapi nak buat macamana lagi dah tanggungjawab . . . KOT! :p

So, nampak gayanye tidak dapat enjoy la pada esok hari. Baru nak pegi shopping! Aih. :(