Thursday, December 31, 2009

2.Thousand.0.SEMBILAN.

Berikut merupakan rentetan kehidupan saya yang sempat saya rakamkan sepanjang 2009 sebagai seorang anak dara yang sungguh patuh kepada ayahanda dan ibunda yang cool, kakak sulung yang baik kepada 4 orang adik2 yang giler2 dan sempoi, kekasih hati kepada MrJJ saya yang agak kacak lagi bergaya serta sebagai seorang rakan, teman, kawan dan sahabat kepada para kenalan saya yang daboom! Layaaannnnn~


1. Bertungkus-lumus menyiapkan thesis marketing yang bertajuk "Online Shopping" dimana thesis ini berharga RM700 dan diupah oleh salah seorang pelajar Cina tahun akhir ijazah sarjana muda sebuah universiti swasta.


2. Setelah lebih 10 tahun tidak menginjakkan kaki ke taman TEMA GENTING, akhirnye saya dan rakan2 maths saya berjaya menjelajah seluruh taman tema itu seharian dengan bermain pelbagai jenis permainan yang extreme.


3. Agak stress! Kerana tahun ini juga saya merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Matematik di UiTM Shah Alam. Maka oleh itu, saya diwajibkan untuk menyiapkan final year project saya dengan bimbingan penuh dari PM Dr Wan Noraaini Wan Jaafar dan kerjasama dari Shah Alam Specilist Hospital.


4. Menjadi seorang cikgu tuition maths kepada Abang dan Kakak dimana kedua2 mereka ini merupakan kanak2 yang sungguh hyperactive dan berusia 8 serta 6 tahun. Selain itu, saya juga merupakan cikgu tuition maths dan science kepada Haikal yang menduduki tingkatan 3.


5. Kedatangan ketiga2 kucing oren saya iaitu ABANG, GINGER dan SIMBA telah menyerikan lagi hidup saya dan keluarga saya di rumah. Ketelatahan mereka yang sungguh mencuit hati itu menyebabkan kadang2 masalah dapat dilupakan seketika.


6. Akhirnye setelah menghantar berpuluh2 resume melalui JobStreet, saya telah diminta untuk menghadiri 2 interview iaitu di sebuah syarikat building construction yang terletak di Kelana Jaya sebagai account executive dan yang kedua adalah di sebuah private university yang terletak di Damansara sebagai cikgu matematik. Alhamdulillah, saya rasa saya telah membuat pilihan yang terbaik.


7. Merupakan ulang tahun perkahwinan ayahanda dan ibunda saya tersayang yang ke-25. Dan tidak ketinggalan juga tahun ini merupakan tahun ketiga hubungan percintaan saya dan MrJJ saya. Semoga perhubungan kami diberkati dan diredhai Allah. Doakan kami bahagia ye, kawan2. Amin!


8. Menghadiri lebih dari 10 undangan perkahwinan dari kawan2 sekolah rendah, sekolah menengah, UiTM Seri Iskandar dan juga UiTM Shah Alam. Oh! Ramai juga ye kawan2 saya yang dah berkahwin dan beranak pinak bagai. Pantas sungguh mereka kan? Hehe


9. Officially GRADUATED! Agak gerun dan berdebar2 jugak la tatkala menaiki pentas graduan. Walaupun mempunyai pengalaman semasa diploma dahulu, tapi rasa kali nie lebih mendebarkan hati ini. Ape2pun, syabas buat kawan2 maths saya kerana berjaya mengenggam segulung ijazah sarjana muda!


10. Berjaya meningkatkan berat badan saya walaupun tidak mencapai target yang diidamkan. It's ok! Asalkan badan ini nampak menarik, tertarik dan daboom! Last but not least, I got long black hair already. Wiwit! ;)


Saya merasakan tahun 2009 ini telah banyak mengajar saya tentang erti kehidupan yang selama ini tidak pernah saya fikirkan. Dari seorang pelajar yang dok bertungkus lumus dengan pelajarannya, bertukar pula kepada seorang tenaga pengajar yang sememangnye saya tidak pernah terlintas pun untuk berdiri di posisi ini. Bak kata orang, ini sumer rezeki Allah. Syukurlah dengan segala ketentuanNya. Alhamdulillah.


Selamat Menyambut Lembaran Baru 2010.
All the best!
:)