Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal, Kenangan.



GAME OVER!

2.Thousand.0.SEMBILAN.

Berikut merupakan rentetan kehidupan saya yang sempat saya rakamkan sepanjang 2009 sebagai seorang anak dara yang sungguh patuh kepada ayahanda dan ibunda yang cool, kakak sulung yang baik kepada 4 orang adik2 yang giler2 dan sempoi, kekasih hati kepada MrJJ saya yang agak kacak lagi bergaya serta sebagai seorang rakan, teman, kawan dan sahabat kepada para kenalan saya yang daboom! Layaaannnnn~


1. Bertungkus-lumus menyiapkan thesis marketing yang bertajuk "Online Shopping" dimana thesis ini berharga RM700 dan diupah oleh salah seorang pelajar Cina tahun akhir ijazah sarjana muda sebuah universiti swasta.


2. Setelah lebih 10 tahun tidak menginjakkan kaki ke taman TEMA GENTING, akhirnye saya dan rakan2 maths saya berjaya menjelajah seluruh taman tema itu seharian dengan bermain pelbagai jenis permainan yang extreme.


3. Agak stress! Kerana tahun ini juga saya merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Matematik di UiTM Shah Alam. Maka oleh itu, saya diwajibkan untuk menyiapkan final year project saya dengan bimbingan penuh dari PM Dr Wan Noraaini Wan Jaafar dan kerjasama dari Shah Alam Specilist Hospital.


4. Menjadi seorang cikgu tuition maths kepada Abang dan Kakak dimana kedua2 mereka ini merupakan kanak2 yang sungguh hyperactive dan berusia 8 serta 6 tahun. Selain itu, saya juga merupakan cikgu tuition maths dan science kepada Haikal yang menduduki tingkatan 3.


5. Kedatangan ketiga2 kucing oren saya iaitu ABANG, GINGER dan SIMBA telah menyerikan lagi hidup saya dan keluarga saya di rumah. Ketelatahan mereka yang sungguh mencuit hati itu menyebabkan kadang2 masalah dapat dilupakan seketika.


6. Akhirnye setelah menghantar berpuluh2 resume melalui JobStreet, saya telah diminta untuk menghadiri 2 interview iaitu di sebuah syarikat building construction yang terletak di Kelana Jaya sebagai account executive dan yang kedua adalah di sebuah private university yang terletak di Damansara sebagai cikgu matematik. Alhamdulillah, saya rasa saya telah membuat pilihan yang terbaik.


7. Merupakan ulang tahun perkahwinan ayahanda dan ibunda saya tersayang yang ke-25. Dan tidak ketinggalan juga tahun ini merupakan tahun ketiga hubungan percintaan saya dan MrJJ saya. Semoga perhubungan kami diberkati dan diredhai Allah. Doakan kami bahagia ye, kawan2. Amin!


8. Menghadiri lebih dari 10 undangan perkahwinan dari kawan2 sekolah rendah, sekolah menengah, UiTM Seri Iskandar dan juga UiTM Shah Alam. Oh! Ramai juga ye kawan2 saya yang dah berkahwin dan beranak pinak bagai. Pantas sungguh mereka kan? Hehe


9. Officially GRADUATED! Agak gerun dan berdebar2 jugak la tatkala menaiki pentas graduan. Walaupun mempunyai pengalaman semasa diploma dahulu, tapi rasa kali nie lebih mendebarkan hati ini. Ape2pun, syabas buat kawan2 maths saya kerana berjaya mengenggam segulung ijazah sarjana muda!


10. Berjaya meningkatkan berat badan saya walaupun tidak mencapai target yang diidamkan. It's ok! Asalkan badan ini nampak menarik, tertarik dan daboom! Last but not least, I got long black hair already. Wiwit! ;)


Saya merasakan tahun 2009 ini telah banyak mengajar saya tentang erti kehidupan yang selama ini tidak pernah saya fikirkan. Dari seorang pelajar yang dok bertungkus lumus dengan pelajarannya, bertukar pula kepada seorang tenaga pengajar yang sememangnye saya tidak pernah terlintas pun untuk berdiri di posisi ini. Bak kata orang, ini sumer rezeki Allah. Syukurlah dengan segala ketentuanNya. Alhamdulillah.


Selamat Menyambut Lembaran Baru 2010.
All the best!
:)

Tuesday, December 29, 2009

Poyo Tak Entry Kali Nie?

Sedang saya dok khusyuk beri lecture kepada pelajar2 junior saya pagi tadi, tibe2 telinga saya dapat menangkap bunyi lagu "Love Bug" nyanyian Jonas Brothers.

'Alamak, aku tak silentkan hp aku ke tadi?' Bermonolog saya sendirian.

Bunyi bilik kuliah yang pada asalnye agak suam2 kuku, tibe2 terasa sunyi sepi. Semua mata students saya berpaling ke arah meja yang terletak di hadapan belah kiri mereka. Tibe2 terdengar satu suara,


"Miss Fatin, bf call tue! Cepat angkat."


Terdengar jugak gelak ketawa mereka yang dok sedap menyakat saya tadi.


Maka terkedek2 lah saya berlari itik kehilangan ekor menuju ke arah meja cikgu dari belakang bilik kuliah. Dan sempat juga saya bersuara,


"Ish, tue bukan call la, message jer."


Then, sesampai sahaja saya di meja cikgu, terus2 saya menekan punat untuk memberhentikan lalakan dari Jonas Brothers itu. Bukan ape nyah, mak segan dengan anak2 ikan tue semua. Sebab mak pakai lagu budak2 sekolah buat caller ringtone. Jatuh air muka mak yang bermekap tebal setengah inci nie, nyah. Hohoho :p


Sambil2 tue sempat juga saya menekan '1 New Message'.

Dan baca.

Tut2, muka saya yang pada asalnye tadi panas sebab malu bunyi hp sendiri, tibe2 beransur kurang pelan-pelahan dan akhirnye menjadi sejuk bak ais kacang campur seguni.

Sebabnye?

Saya menerima SMS kiriman salah seorang pelajar senior saya yang sedang bercuti semester sekarang nie yang berbunyi,


"One beautiful heart is better,
than thousand beautiful faces.
One honest wish of sweet relation is stronger,
than thousand gods blessing.
Good morning miss Fatin,
Miss you so much my cutie lecturer."
-Priscilla-


Terus-terang ai katakan, ai sungguh terharu ok? Masakan tidak, ade jugak student ai yang sudi rindu kat ai. Wiwit! ;)

P/S : Sejak dari pagi tadi sampai la nie, saya asyik dok fikir satu perkataan dari SMS student saya tue. Cutie = cute. Masalahnye sekarang, CUTE ke saya nie? HUaHaHaaaa <--- gelak Cik Dyla. :p


.SEKIAN TERIMA KASIH.

Saturday, December 26, 2009

I'm Off To Malacca.



Nikmatilah hari2 cuti anda,
dengan agenda yang menyeronokkan.

Selamat Hari Natal 2009.
;)


Friday, December 25, 2009

Hebatlah Sebab Kau Kaya.

Hebatlah kau!

Sebab kau lahir2 jer, dah nampak jongkong emas bertimbun2 atas katil kau. Pastu semua orang happy tengok kau menjerit melepaskan teriak yang kuat. Satu hospital bergegar you know!

Aku?

Lahir2 jer, ada seorang lelaki kacak cepat2 baca iqamah kat telinga aku sebab takut nanti segala atok2 syaitan dok nak bisik2 bende jahat kat telinga aku. Dan aku pasti lelaki kacak itu adalah ayahanda aku.

Hebatlah kau!

Sebab balik2 jer umah, kau sudah disediakan dengan pelbagai barangan mewah. Baju2 kau semuanya cantik2 belaka, maklum lah berjenama antarabangsa kan? Paling cikai pun pakaian kau masa tue jenama Burberry.

Aku?

Balik2 jer umah, aku pakai pakaian yang biasa2 jer. Ikut kemampuan parents aku. Tapi aku jenis tak kisah pun. Ape yang parents aku belikan, aku pakai. Yang aku ingat, pakaian paling mahal pernah aku pakai masa kecik2 berjenama Kiki Lala. Cantik tau!

Hebatlah kau!

Sebab masuk2 jer sekolah, kau dah nampak kawan2 kau yang setaraf dengan kau. Pegi sekolah driver hantar naik Mercedes CLS, tak pun paling low stenden Toyota Camry. Kau pun bukan main suka bila dapat jumpe kawan2 yang kau rasa sehot, sekaya dan secantik kau. Siap speaking London lagi tue. Maklumlah private school kan?

Aku?

Masuk2 jer sekolah, aku nampak kawan2 aku dari pelbagai latar-belakang. Ade yang pegi sekolah jalan kaki, naik basikal, bas sekolah tak pun ada yang kaya sikit parents hantar naik kereta wira. Biasa la, sekolah kerajaan kan? Tapi aku seronok jugak dapat kawan2 dengan dorang nie sebab dorang tak sombong!

Hebatlah kau!

Sebab mase2 rehat jer, kau tak perlu rebut2 nak beli makanan sebab makanan kau dah siap dalam tray. Macam2 ada. Semuanya makanan yang sedap2 macam kat restoren resepi rahsia tue. Paling tak sedap pun aku rasa, bile soup of the day die soup jagung. Biasa la, kau mana biasa makan jagung kan?

Aku?

Mase2 rehat jer, aku kena queue panjang menunggu giliran untuk membeli makanan. Ok lagi bile budak2 lain reti beratur. Tapi ada yang degil trus potong queue, macamana itew? Last2 jawabnya waktu rehat aku minum air kosong yang aku bawak dari rumah jer. Tak pun paling cikai, beli roti kaya yang 50 sen kat koperasi. Mudah!

Hebatlah kau!

Sebab time2 nak exam besar nie, kau sempat lagi bergumbira sakan bersama teman2 sealiran kau. Pergi party itu ini. Maklumlah, kau kan dari golongan datuk2 tan sri2 tengku2 nie kan? Hidup kau memang hanya untuk enjoy je. Sebab kalo kau tak pass exam besar kau nie, kau takut ape? Daddy kau kan ade kompeni koporat yang gah besar bak gergasi. Tak berabis duit daddy kau untuk sara seluruh generasi kau kan?

Aku?

Time2 nak exam nie lah masanye untuk aku berjuang abis2an demi masa depan aku. Walaupun aku bukan berasal dari golongan yang kaya dengan harta bende berderet, cukuplah sekadar aku cube untuk mengkayakan ilmu pengetahuan di dada ini. Sebab aku tahu kalo aku tak berbuat sedemikian, macamana aku nak sara hidup aku di kemudian hari? Nak tunggu putera raja datang melamar aku? Wooh! Dalam mimpi la, labu!

Hebatlah kau!

Sebab bila hampir2 tamat jer sekolah, kau rengek2 kat daddy kau sebab kau nak beli night dress baru untuk kau pakai masa prom night sekolah. Disebabkan daddy kau sayang gile kat kau macam menatang minyak yang penuh, so daddy kau pun kasi lah kad kredit platinum emas die kat kau untuk kau shopping baju kegemaran kau. Amboi, bukan main gembira ye kau time tue.

Aku?

Hampir2 tamat je sekolah, aku geledah gerobok almari baju aku. Nak tengok baju ape yang boleh aku pakai masa majlis makan2 hujung tahun. Maklum lah, dah nak abis sekolah kan? Inilah masanye untuk aku bergaya sejenak. Lagipun akukan perempuan, masakan aku tidak mahu kelihatan cantik, right? Nalurilah katakan!

Hebatlah kau!

Sebab result kau tak sehebat mana pun, kau dapat peluang belajar kat luar negara. Pegi United Kingdom lagi tue. Maklum lah, semuanya di atas tajaan daddy kau kan? Sebab daddy kau nak kau belajar business kat sana supaya nanti senang kau nak take over bisnes daddy kau walaupun minat kau lebih terjerumus kepada fesyen. Kesian kau ye!

Aku?

Alhamdulillah! Aku telah diterima masuk untuk menyambung pelajaran aku dalam bidang computer science kat universiti tempatan. Pada mulanya aku bercita2 untuk amek course architecture tapi last2 aku terpaksa lupakan hasrat tersebut sebab mula2 aku ingat budak2 yang amek pendidikan seni mase sekolah yang akan diterima masuk course tersebut, rupe2 tak. Aih! Mebi bukan rezeki aku ke arah senibina kot. Kesian kat aku jugak kan?

Hebatlah kau!

Sebab kat universiti, kau sentiasa menjadi kegilaan jejaka2 tampan dan hot. Maklumlah, kau nie ade darah campur. Daddy kau mixed sket2 dengan filipine + sepanyol + cina + melayu. Mummy kau pulak memang pure Australian. So, setelah diadun rapi, akhirnye lahirlah kau yang cantik persis model tue. Best ye ada darah pelbagai rasa nie?

Aku?

Gadis yang biasa2 jer. Tak de mixed2 darah nie sumer. Aku memang keturunan pure Melayu. Ayahanda aku pure Melayu Kedah. Bonda aku pulak jawa Johor. Tapi ade jugak dengar desas-desus dari sedara2 belah ayahanda aku pasal salasilah keluarga aku. Depa habaq keturunan aku nie ada darah2 Arab sket. Tapi itu bebelan orang2 tua je. Aku pun tak amek pot sangat pun!

Hebatlah kau!

Sebab lepas kau abis belajar kat UK, kau dah tak susah2 nak cari keje sebab kerusi empuk milik pengarah urusan kat kompani daddy kau sedang menunggu kau. Untung kau ye! Gaji pun mesti masyuk kan? Kalo tak cecah lebih 5 figures memang tak sah la kan? Maklum la, nak curahkan wang berjuta2 tue kat sape lagi, kalo bukan kat kau. Aih jeles mak!

Aku?

Lepas abis study, adalah jugak aku menganggur sebulan dua, dok kat umah ternak daging kat badan aku nie. Penat jugak ye nak tunggu orang call suruh datang interview. Beriban2 resume jugak lah aku hantar kat kompani2 yang aku suka. Dan satu hari aku terima call dari salah satu kompani yang aku apply and aku diterima bekerja di sebuah private university sebagai cikgu kira2. Walaupun gaji tak sebesar mana, tapi aku tetap bersyukur. Alhamdulillah.

Hebatlah kau!

Sebab hidup kau dari kecik sampai lah ke besar, kau tak pernah kenal erti susah kan? Untung sungguh jadi seperti kau. Rasa2 aku semua perempuan mengimpikan kehidupan macam kau sebab semua benda yang kau idam2kan mesti mudah untuk kau dapatkan. Duduk rumah besar dan mewah siap swimming pool lagi tue, naik kereta sport Fairlady 350Z, pakai baju2 cantik berjenama Fendi tak pun Versace, tas tangan bernama Prada serta Marc Jacobs dan macam2 lagi lah.

Aku?

Hidup bersederhana sejak kecil lagi. Ape yang ayahanda dan bonda aku belikan, aku guna dengan sebaik mungkin walaupun ianya bukan dari jenama mahal. Tapi naluri perempuan la katakan, inginkan sesuatu barang yang cantik. So, jika aku inginkan sesuatu barang yang agak mahal dan branded, aku akan berusaha keras untuk menyimpan duit aku sikit demi sikit sampailah aku mampu beli barang yang aku idam2kan walaupun ia mengambil masa yang lama. Kalo still tak cukup lagi, aku akan kerja part time kat mana2 restoren makanan segera atau kedai serbaneka. At least, aku dapat rasa sendiri macamana susahnya untuk mencari duit.

Tapi aku tahu itu bukanlah permintaan kau untuk dilahirkan dalam golongan atasan sebegini rupe sebab kau tidak mampu menolak takdir qada dan qadar Nya. Cuma ape yang buat aku terguris sedikit, kadang2 kau dan teman2 sealiran kau nie terlalu sombong dan bongkak. Terlalu megah dengan kebendaan duniawi sementara yang kau miliki ini. Kau merasakan semua jejaka kacak2 dan kaya diluar sana hanya milik orang2 yang setaraf dengan kau je. Pastu boleh pulak pandang aku macam sampah! Tak reti nak hormat orang langsung. Ade ke patut? Tak pe! Aku maafkan.

Cume ingat2 la sket, pangkat darjat, harta bende tak boleh nak usung masuk dalam kubur ye, murid2 sekelian. Kite sumer orang Islam tak kire orang kaya ke, kurang kaya ke, miskin ke Datuk2 ke, Tan Sri2 ke mati tetap akan menggunakan kain kafan yang sama dan juga dikebumikan dalam kubur yang mempunyai kedalaman lebih kurang 6 kaki. SAMA!

So, ape yang beza lepas tue? ;)

Thursday, December 24, 2009

Jom Pergi Kursus Kahwin!



"Fatin, you tak nak join ke we all pergi kursus kahwin hujung bulan nie?"


"Haaa, kursus kahwin? Errr. . . I lambat lagi la nak kahwin."


"Ishh, you nie. I pun bukannye nak kahwin esok pun. Saje je nak pegi awal2 nie sebab nak jimat kos. Lagipun I dengar start tahun depan, charge untuk kursus kahwin pun naik sampai RM200. Kalo tak silap sampai 4 hari kot kursus tue. Pastu kena qiamulail lagi. Tak ke naya?"


"Oh ye ke? So, you all confirm la pegi nie eh?"


"Ha'ah! Kitorang ber4 termasuk bf I. Ala, jom la join. Ramai2 kan best! RM80. Just dua hari jer."


"OOooo . . . cam tue eh? Tapi tak pe la. I rasa better I pegi dengan future husband I nanti. Belajar same2 pasal ilmu rumahtangga nie. Tak lah susah nanti kan?"


++++++++++


Setahu saya, bab2 kursus kahwin nie, memang sejak dari zaman saya study kat UiTM Shah Alam lagi dah diwar2kan akan naik harga sebab mereka plan nak tukar isi kandungan modul yang sedia ada sekarang, tapi ape yang saya tengok sampai la nie still same je. Tak diubah2 pun. Hm!

Tapi isu sekarang nie, apsal ek bila masuk tahun baru jer, sumer bende nak naik harga? Aih! Koyak la mak kalo selalu macam nie. Ngee~


P/S : Boss, sila naikkan gaji saya boss!

You All Nak Tahu Tak?

Semalam saya pegi KARAOKE!

Eja dengan betul, anak2 murid ku sekelian. K to the A, R to the A, O to the K and E ~ is equal to karokkkk!!

WOW! Pandainye dieeee. Hehehehe! By the way, boleh tak buat pengakuan pagi2 buta cam nie? Bunyi macam poyosss sangat Miss Fatin nie kan? Hohoho. Ade I kesah? <--- opss, trademark sape la ni yee? I nak curi due tige suku minit sejap! Boleh tak? ;)

Anyway, sape yang agak kenal dengan saya memang akan tahu saya nie macamane orang nye. So, sape2 yang tak kenal tue, meh lah mai kenal2 dengan saya ye. Tak mahal pun. Selai dulai tas tangan NINE WEST cousins large shoppers jer. Hoho! Opss, tershashul la pulak. :p

Ok ok ok! Saya akan stop memberi syarahan mengarut mulai dari titik noktah ini --->. Sebenarnye kalo nak tahu saya nie adalah seorang yang amat liat sangat kalo para girlfriends saya ajak pegi berKAROK2 bagai nie. Pelbagai alasan bakal saya berikan untuk menolak pelawaan mereka. Sebabnye bukan ape, saya nie memang kurang berminat untuk menyumbangkan suara emas saya untuk tatapan telinga umum. Nanti tak pasal2, susah kang Liyana Jasmey nak menyuap nasi ke mulutnye. Lagipun, I nie kan seorang yang agak pemalu. Ngee! :p

Tapi entah macamana entah, tibe2 hati saya nie semakin lembut pulak semalam tatkala opismates saya mengajak berkaroake. Bukan ape, agenda utamanye adalah untuk bersuka-ria buat kali terakhir bersama salah seorang dari we all yang akan menamatkan perkhidmatannye di sini kerana telah mendapat offer keje yang lebih best dan sememangnye best iaitu AIR TRAFFIC CONTROLLER. Lebih kurang majlis farewell la jugak. So untuk tidak menghampakan permintaan mereka, makanye saya terpaksalah juga melayangkan green card sebagai tanda setuju. :)

Lagipun, dengar jugak desas-desus dari para teman2 yang sememangnye kaki karok nie yang mengatakan semasa proses melontarkan picing2 di dalam bilik kebal pencemaran bunyi itu nanti terdapat juga satu ruangan untuk para penyanyi2 ini menjamu selera secara buffet. Baca betul2, buffet ok? Bukan a la carte. Dan kalo nak tahu, inilah salah satu sebab saya bersemangat untuk ke sana. Ngee~

So, semalam lepas jer opis hour, dengan memakai pakaian mengikut theme merah+hitam+putih, akhirnye kami terus bergerak meredah jam ke Bandar SUNWAY. Selalunye waktu2 weekdays nie, amat la jarang untuk saya menuju ke arah Sunway Pyramid lagi2 lepas opis hour sebabnye saya tahu kalo pi sana, kompom tersekat dalam jam. Malas ok? Tapi memandangkan ada hidangan makanan yang lazat di sana, oh saya lupakan kesesakan traffic itu. huahaha! Bak kata seorang opismate saya nie, nafsu makan mak aih kalah orang yang join biggest loser tue tapi badan sekeping macam papan. Wooh! Perli ka?

Then, sampai2 jer sana, agak ramai jugak manusia berkerumun menunggu giliran bilik kosong. Maklum la, nak menghilangkan stress setelah jenuh bekerja seharian. Dan nasib baik la jugak, kitorang dah booking awal2. Tak la dok tunggu memanjang kan? Well, selama 24 tahun saya hidup, ini la pertama kali saya meninjak kaki ke bilik lontaran suara. Hahaha! Budak baik tak saya nie? Dah boleh jadi calon isteri dah nie kan? Hohoho! Woppsss, I MrJJ yang punya, bukan Man belon yang punya. :p

So, selama lebih kurang 3 jam lebih dok bertapa menyumbangkan suara untuk lagu2 dari pelbagai genre, akhirnye sharp pukul 10pm, tamatlah tempoh untuk para2 juri membuat semakan terakhir. Penat weh! Nyanyi2 nie. Ingatkan senang. Hahaha! Nasib baik masih bersuara pagi ini. Ngee~ ;)

Ape2pun, I had a blast last night. It was freaking awesome, babe! And I need ONE more chance, pleaseee! *_*

Saturday, December 19, 2009

CunLah Awak Nie, Alyssa.



Ai suka GADIS ini!
Cantik.
COMEL.
Suara pun MERDU.
Reti menYANYI pulak tue.
DAN yang penting,
dia terror main GUITAR.
Ai suke tengok all her covers.
Menarik, tertarik serta ditarik2 hati ini.
Hehehe!

Oh yeah! Rambut dia nie cantik ok?
Panjang mengurai, hitam la jugak.
Tergoda ai tengok.
Wiu wiu wiu!
;)

Friday, December 18, 2009

Salah Ke Jika Menegur?

Peristiwa 1


Mak Limah : Bidinnn, masuk umah cepat. Hujan lebat kat luar tue. Ko nak main dalam hujan tue buat ape. Demam karang. Susahkan aku pulak nak bawak ko pegi jumpe dokter nanti.

Bidin : Ala mak. Hujan renyai2 je nie. Tak demam punya la. Bidin kan laki.

Mak Limah : Amboi, menjawab pulak budak ni. Dah dah, masuk cepat!

Bidin : Ye laaaaaaaa.


Peristiwa 2

Encik Kamil : Masuk kali nie, dah 3 kali kamu datang lewat ke opis untuk bulan nie.

Lina : Maafkan saya Encik Kamil. Saya bukan sengaja nak datang lewat ke opis. Tadi masa on the way, ada eksiden pulak kat highway tue. So, jam. Bende nie bukannye boleh dijangka.

Encik Kamil : Tapi kalo kamu keluar awal tadi, tak lah kamu tersekat dalam jam tue kan? Nie da masuk 3 kali kamu lambat. Kalo kamu selalu buat macam nie, buruk la rekod kamu.

Lina (Berbisik dalam hati) : Bising pulak orang tua nie. Mentang2 duduk umah sebelah opis, senang la cakap. Cube ko sendiri rasa dok jauh2. Travel ari2 macam aku. Ishhh!


Peristiwa 3

Hazman : Ape punye orang. Tau bawak kereta ke tak tahu nie. Kalo tak tahu tue, naik je la bas. Nie nak susahkan aku pulak. BODO!

Susan : Ala awak ni. Cakap bodo kat orang tue kenapa? Tak baik la. Tengok kereta tue, kan ade tanda "P". Budak baru belajar. Memang la macam tue. Awak tue pun penah macam tue jugak kan?

Hazman : Dulu saya bawak, mana la lembab macam budak tue bawak. Aih! Kalo sumer orang bawak cam gitu, naik gile saya. Nak ke bf awak nie jadi giler?

Susan : Hisshh, ke situ pulak orang tua nie.


++++++++++


Berikut merupakan antara berjuta2 contoh TEGURAN yang acap kali kite dengar walaupun ada kalanya mungkin tidak pernah kite lalui. Sebut pasal teguran nie, saya pasti sumer orang pernah ditegur dan sesekali juga pernah menegur.

Tapi saya yakin sangat, ramai dikalangan kite TIDAK SUKA ditegur oleh mana2 pihak, tak kisah la mak kite ker, ayah kite ker, cikgu ker, bf ker, boss or kawan2 kite. Mungkin antara sebabnye bile ditegur, kite rasa macam tibe2 air muka kite jatuh. Tak pun tibe2 kite rasa keegoan kite tercabar, rasa macam dorang tue hebat sangat, sebab nak tegur2 bagai nie. Betul tak?

Well, sumer bende nie normal. Sape je yang tak pernah ditegurkan? Sejak kecik lagi, mak ngan ayah kite selalu jer tegur kalo kite buat silap itu ini. Maklum la, mereka mana la nak anak2 mereka buat bende2 yang salah. Pastu kat sekolah pulak, ade sesetengah budak sekarang bile cikgu tegur sket sebab tak siapkan kerja sekolah, mula la melenting membabi buta. Yang teruknye, siap nak bakar2 kereta cikgu sumer. Ape kes?

Then ada jugak bile dah masuk kerja, boss or rakan2 opis tegur cara kite mengendalikan tugas tue tidak betul, mulalah tarik muka seela. Cakap itu ini kat belakang. Macam nie ke nak hidup bermasyarakat? Tegur sket dah melenting.

Tapi tidak dinafikan ada juga sesetengah orang YANG DAPAT menerima teguran dari pihak lain dengan baik. Sebab bagi mereka teguran yang dilemparkan itu merupakan inspirasi mereka untuk terus melangkah maju ke hadapan kerana mereka melihat teguran itu dari sudut positif.

Bagi saya, sumer orang sebenarnye boleh menerima teguran orang lain dengan baik jika cara teguran yang disampaikan itu tidak menyinggungkan perasaan pihak yang ditegurnya itu. Ye la, kite sumer nie manusia, berperasaan. Kalo nak terus tegur-menegur tanpa berlapik2, tengking2 bagai, sape tak marah kan?

So, kalo nak tegur-menegur tue, berlapik2 la sket. Cakap elok2 tanpa melukakan hati pihak yang ditegur itu. Kan best kalo message yang hendak disampaikan diterima baik oleh pihak yang ditegur tue, right? Sebabnye kalo kite tegur dengan cara yang salah serta menyakitkan hati pihak yang ditegur itu, adakalanye bende2 yang tidak diingini bakal berlaku. Tak ke naya nanti?

Tapi itu la, kadang2 bile kite memberi teguran dengan cara baik, ade sesetengah orang masih sukar untuk menerima teguran tersebut. Mungkin kerana mereka merasakan diri mereka, ape yang dilakukan oleh mereka sumernye betul. Sebab itu la adakalanye berlaku perdebatan untuk mempertahankan diri sendiri mereka. Biasa la tue, manusia. Ada macam2 perangai.

Ape2pun, cube la terima teguran orang dengan baik. Mungkin kadang2 kite tak perasan ape yang kite lakukan itu silap di mata orang. Lagipun untuk kebaikan kite juga kan? Dan jika ingin menegur orang, cube la tegur dengan cara yang baik dan beralas agar tidak menyakitkan hati orang yang ditegurnya itu, ok? Tak susah pun sebenarnye. :)


.SALAM MAAL HIJRAH 1431.


P/S : Kesian kat perempuan mengandung 4 bulan tue, yang habis kena belasah dengan suami die gara2 die menegur perbuatan suami die yang suke bercakap perkataan kesat kat die. Aih! Manusia akhir zaman memang perangai melebihi setan dah nie. Nauzubillah!

Monday, December 14, 2009

Half Black-Brownie Hair.

Oh actually, saya nak bercerita perihal misi saya awal tahun depan. Saya plan nak kalerkan rambut keli saya yang panjang mengurai nie dengan kaler yang bersesuaian. Memandangkan warna rambut saya sekarang nie separuh hitam dan separuh brownie, saya plan nak colorkan dengan kaler A atau kaler B. Tapi bile difikir2, sayang pulak. Agak lama jugak saya nak tunggu rambut nie hitam melegam. Hohoho! Ape2pun, kite tengok kesudahannye pada hujung bulan depan ye. Oyasumi Nasai.


Kaler A

Kaler B


Sunday, December 13, 2009

Jadi Adik Angkat Saya?

Lagi beberapa hari lagi, kite sumer akan melangkah ke tahun 2010. Yeah! 2010 ok? Bukan 2001 tau. Glup! Tibe2 otak ini reti pulak ye buat 'flash back' masa detik2 2001. Opsss~

Well, time tue saya masih lagi di tingkatan 4. Masih lagi dok menyarungkan uniform kurung biru muda, berkain biru tua dan tidak ketinggalan juga berkasut hitam. Masih lagi dengan spek mata tebal, dok berkepit dengan buku catatan serta pen biru. Masih lagi dok usung buku rujukan FOKUS Add Maths di pokok ketapang semasa menanti ketibaan bas sekolah untuk pulang ke rumah. Haha! Skema tak?

Kadang2 tue, bila ade abang2 senior yang tegor, saya pasti buat bodoh je. Maklum la, ai kan pemalu taik unta time tue. Ngaa~ Tapi dalam malu2 serta skema2 nie, ade jugak yang sudi beradik2 kakak2 abang2 makcik2 pakcik2 angkat dengan saya.

Ada yang siap kasi surat, tulis karangan panjang berjela. Ade juga yang kasi gambar bagai dan tulis biodata kat belakang gambar tue. Pastu ade jugak yang kasi duit kertas singgit lama tue, siap tulis kecik2 "Jadi adik angkat saya, boleh?" Aduhai! Bile diingat2kan kembali, giler kelakar nyaaahhh? ;)

Tapi saya nie jenis tak melayan sangat kalo nak ber'angkat2' dengan saya. Teramat MALAS sekali dua. Lagipun nak jaga 4 orang adik2 saya yang lain tue pun dah naik pening, niekan pulak nak beradik2 angkat dengan yang lain. Kompom berpiung2 ini kapala kan? Hohoho. So, untuk menyedapkan hati mereka, saya membalas "Kite jadi kawan jer la ye. Kan lagi seronok." Sambil tersenyum seperti kerang masuk angin kus2. :p


++++++++++


Aih! Apsal la tibe2 rindu pulak zaman sekolah dulu2 nie. Zaman2 hingusan bagai. Nie mesti kes borak2 dengan MrJJ saya tentang kenangan zaman2 sekolah siang tadi nie. Ngee~

Saya ingat lagi, time form 4 jugak, kitorang sumer gerun giler nak masuk kelas Kimia dengan English. Sebab cikgu yang ajar dua2 kelas tue garang macam singa betina. Maklum la, budak baru masuk menengah tinggi kan, tak kenal sangat dengan cikgu2 die.

Bile je waktu Kimia, kitorang mesti kena masuk makmal Kimia, so saya dan kawan2 saya dah aim dah dok meja yang hujung sebab takut kena soal macam2 dengan Cikgu Gui. Sebab Cikgu Gui nie suka sangat soal kitorang satu persatu masa awal2 kelas. So, sape2 yang dapat soalan2 yang kacang, selamat la jawabnye but sape2 yang dapat soalan susah, pasti tak kering taik telinga melelah dengan bebelan nyaring Cikgu Gui.

Lain pulak cerita dengan Cikgu Elizebeth Lee. Setiap kali waktu English, kitorang sumer kena jawab soalan2 berpandukan buku latihan. So, memang setiap dari kitorang wajib jawab soalan masing2. So, sape2 yang dok meja hujung, memang selalu la jadi mangsa pertama untuk menjawab soalan2 tersebut. Ape lagi, sebelum waktu English kitorang sumer kelam-kabut dok salin jawapan dari member2 yang memang expert dalam English. Sebab kalo salah jawab masa turn kite atau tak buat langsung, selain dari bebelan panjang pasti ade punishment lagi seperti nyanyi lagu2 klasik, tak pun kene berdiri sampai abis klas. Hoho! Sape nak kan?

Walaupun Cikgu Gui dan Cikgu Elizebeth Lee agak garang semasa mendidik kitorang dulu, tapi disebabkan ilmu2 yang dicurahkan kepada kitorang dulu lah yang menyebabkan kitorang sumer berjaya sampai ke menara gading. Alhamdulillah. Begitu juga dengan Cikgu2 yang lain. Budi mereka memang susah untuk dibalas. Ape2 pun, terima kasih banyak2 Cikgu. :) Tapi seronok jugak jadi pendidik nie kan?

P/S : Sedia menanti misi 2010 dengan penuh sabar. :)

Thursday, December 10, 2009

Amoi Si Yahudi Mabuk.

Yeah! Saya memang agak kurang mood hari nie. Sangat geram dan bengang OK! Nasib baik tak der kelas hari nie. Ngee~

Actually, awal2 pagi tadi bila bangun tido mood ok jer sumer macam biasa. Pastu masa on the way pi keje, tibe2 bertembung pulak dengan pemandu yang macam hantu punya perangai. Cina. Pompuan! Lagi sikit je la nak melekat mulut kereta die kat sisi tepi belah kanan kereta saya. Nasib baik!

Wooh! Mentang2 ko pakai kereta BMW sejuta series, aku pakai kereta kecik and then senang2 jer ko nak lenyek kereta aku ye. Banyak cantik muka ko amoi bukit.

Aih! Naik menyampah saya dengan kelompok dorang tue. Bawak kereta cam ape jer. Pastu suke menyergah masuk lane orang tanpa ape2 tanda. And then nak rebut2 pulak. Last2 kite yang kena mengalah dengan dorang. Aih! Memang perangai macam yahudi mabuk betul dorang nie.

Pastu, kadang2 tue geram jugak saya dengan stesen radio Malaysia nie. Awal2 pagi asyik dok selalu sangat putarkan lagu2 yang agak mellow2 nie. Tau la kan? Selalunye awal pagi nie la yang menentukan mood seharian kita. So sudah semestinya kite nak lalui hari2 kite dengan suasana yang positif dan aktif. Tapi bile dengar lagu2 yang dok sayu2 dan sedih2 nie, berkemungkinan juga mood kite nie boleh ber'switch' dari mood yang best kepada mood yang kurang best. Tak mustahil kalo bende tue berlaku kan? Aih!

Maklum la, bile drive ke tempat kerja yang agak jauh perjalanannye, so sudah semestinye kite nak dengar sesuatu boleh menceriakan mood kite, right? Tambahan pulak, kalo sape2 yang selalu ter'stuck' dalam trafik, kompom selalu juga stress. Mana dengan nak layan si pemandu yang kurang kasih sayang yang suka-suki buat peraturan jalanan sendiri, pastu disogokkan pulak dengan lagu2 slow motion nie. Sure bertambah2 emosinya. Ngee~

Tapi nasib baik kadang2 tue isu yang dibincangkan boleh juga menarik minat saya untuk membiarkan telinga ini terus dimanjakan dengan alunan bebelan mereka. But tak kurang juga, kadang2 tue isu yang dibentangkan juga boleh mencacatkan mood kite tibe2. Aduhai. Nampak gayanye kena buat channel sendiri la lepas nie. Siap nak letak lagu hardcore "This the reason I stay" by Second Combat. Hohoho! Boleh tak? :p

OK lah! Ceritera sudah tamat.

Sekian.

Wednesday, December 9, 2009

Selamat Malam, Sayang.




MrJJku sayang,
sila nyanyikan lagu nie untuk saya ye.
Plisssss!
:)

Always Be With You.




ROSSA - Wanita Yang Kau Pilih

Malam selalu panjang
Di waktu aku merindukanmu
Kau bisa menjaga aku
Hingga diriku merasa teduh.

Aku seperti kamu
Menginginkan dan memerlukanmu
Karna kita tak mampu
Untuk selalu pergi menjauh.

Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun tlah aku minta
Setia sepertiku
Hingga waktunya tiba.

Aku percaya penuh
Kau kan buatku bahagia
Karna cinta tercipta
Datangnya dari dalam hatiku.

Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun tlah aku minta
Setia sepertiku
Hingga waktunya tiba.


Terima Kasih, MrJJKu Sayang
:-*


Sunday, December 6, 2009

Adakah Sudah Cukup Puas?

Semalam,
bershopping sakan di Pavillion dan Sg Wang.
Bersama cik Zimah, cik Dyla dan Cik Eta.
Sempat rembat beberapa helai baju dan seluar,
begitu juga sekeping sepatu wedges gladiator.
Akibatnye terbanglah beberapa helaian not saya.
Hm, adakah saya sudah cukup puas?

Semalam jugak,
Tonton movie "Twilight Saga : New Moon",
di mana ianya menjadi kegilaan para2 gadis,
terhadap encik ponti-anak iaitu Edward Cullen.
Well, sape2 yang suke lelaki romantik2 nie,
pasti tergila2kan sifat seperti EC itu kan?
So, adakah saya sudah cukup puas?

Hari ini pulak,
Ingatkan nak sambung bershopping.
Beli handbag dan juga make-up stuff,
tapi aleh2 MrJJ saya pulak yang shopping sakan.
Mana taknye, terlebih belanja la katakan.
Maklum la, musim2 sales sekarang nie, right?
Hm, adakah saya sudah cukup puas?

Hari ini jugak,
Movie pilihan kami adalah "Ninja Assasin",
Lakonan lincah encik "Hai, nama saya Rain",
Well, agak kasar jugak dari kaca mata saya,
cuma percikan darah tue macam tak real pulak.
Bagi saya agak kurang mantap movie nie.
So, adakah saya sudah cukup puas?

Ape2pun, esok keje la, labuuu!
Makanye marilah kite masuk tido.
Hehehehe! Selamat malam sumer!
:)

Saturday, December 5, 2009

Let's Go Shopping, Guys.



Shopping time with my beloved girlfriends.
Really hope it can be a good 'treatment' for me and myself.

Ok la. Bye!

Wednesday, December 2, 2009

Sharing Is Caring, Right?

Aisehmen!
Jam pulak jalan tue.
Baru pikir nak pi menghabiskan duit,
kat sane lepas opis hour tadi.
Aih.

Mebi sebab hujan la kot tadi kan?
Tu pasal driver2 kenderaan sumer,
membawa kenderaan dengan penuh sopan serta santun.

Kalo tak mak aih,
segala bende dalam kete tue,
nak je terbang2 bagai.

Maklum la,
Ade yang bawak kenderaan tue,
macam pelesit baru lepas beranak.
Ngee!

Oh oh oh lupe pulak!
Actually sekarang nie,
ade Jualan GUDANG METROJAYA.

Macam biasa la,
up until 70%,
sape tak nak weh!
Macam2 ada.

MOH kite ke sana ramai2 yok.
Hehehe!
:)

So, sila la saksikan sendiri flyers ini yer.
Sekian terima kasih.


Tuesday, December 1, 2009

Tak Tahu Nak Letak Ape.

Kelihatan hari dah gelap sangat kat luar tue, macam waktu Maghrib pulak walhal sekarang nie baru pukul 4pm. Biasa la, musim2 tengkujuh nie kan? Guruh pun sedang memainkan peranan dengan mendendangkan lagu2 berirama garang.

Rasa2 saya tak lama lagi hujan bakal turun berjuraian ke lantai bumi. Hidung nie pun dah bau air hujan, walau sebenarnye ekon dalam opis nie sangat2 la sejuk nak mampus. Siap pakai complete suit hitam putih yuuu. Macam lawyer pulak ai ari ni. Wah!

Check Maybank2u awal pagi tadi, Alhamdulillah gaji dah masuk! Wow! Teruja sungguh ok, maklum la memang dah plan lama dah nak shopping sakan kali nie. Sejak start keje bulan June ari tue, berusaha sungguh saya simpan duit hanya untuk bershopping pada hujung tahun nie. Biasa la kan, hujung tahun. GRAND and SALES. Sape tak suke kan?


Aduhai! Apsal la tibe2 terasa cam rindu sangat2 kat MrJJ saya sorang nie ye. Aih! :'(


Oh Oh lupe. Last weekend tak ngedate kan, patut la rindu. Wah wah! Opsss, sila la muntah, kawan2 dengan statement saya ini. Hahaha!

Tapikan selalunye kalo saya rindukan MrJJ saya, saya akan kol tapi sekarang nie waktu keje kan, takut ganggu pulak. So, saya akan belek2 loket DoubleJ pemberian MrJJ yang terkalung rapi di leher saya. Auw! Malu ai. :p

Tapi hakikatnye, saya memang selalu rindu kat MrJJ saya. Lagipun nak rindu kat siapa lagi kan? :p


Ok la!


Enough said!


wiu wiu wiu


;)


Bila Blacky Jadi Pinky.

Hasil dari menonton movie Confession of a shopaholic last week, tibe2 mata saya tertangkap satu scene yang betul2 membuka mata saya dan oh! Saya berkata dalam hati yang saya juga harus mendapatkannye juga. Serious! Rasa tak sabar2 nak gaji nie. Wiu wiu wiu.


Tapi problemnye sekarang, di manakah harus saya mencari cover untuk lappy saya nie yer? Hari tue dah try usha2 kat Machine One Utama tapi tak der pulak cover yang saya nak. Yeah! Saya memerlukan cover kaler PINK. Maklum la, saya nie hantu pink. Lagi2 lappy saya sekarang nie kaler hitam, so memang la amat sesuai jika diadunkan dengan kaler pink.




Dan akhirnye, selepas diadun dengan sebaik rupa, akhirnye jadilah macam nie. Cun kan? Masakan tak cun, tuannye juga cun! Hahahaha! Sila la gelak guling2, kawan2. :p

PINK + HITAM = AWESOME!



Ape2pun, I wish I could make-up my blacky with this new awesome appearance. Bila dah di'transform'kan kepada yang lebih cun, nak buat keje pun best kan? So, lepas nie dah tak boleh panggil BLACKY dah, tapi kena panggil PINKY. Wah, nyaaah giler weh. Huahaha! :p